Isnin, 13 Mei 2013

ya allah aku merinduimu


ya allah di saat aku sedih biarlah aku sedih kerana aku sangat merinduimu
disaat aku kecewa kau buatkan lh itu sebagai ujian mu padaku
disaat aku sakit jadikan lh dia sebagai penghapus dosa2xku
ya allah engkau lh segalanya bagi kami di dunia dan akhirat

Isnin, 18 Mac 2013

assalamuailaikum w.b.t

sebagai pedoman kita semua

orang muslim yg bahagia bila dia hidup penuh rasa cinta kepada nabi dan allah s.w.t

hidup berpandukan sunnah dan al quran in sha allah .... selamat dunia dan akhirat :)

teruskan dakwah....

Rabu, 6 Mac 2013

ibadah diam diam



Ibadat dalam diam-diam
Dirawayatkan dari Nabi s.aw:

Apabila sudah hari kiamat, maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.

Penjaga syurga bertanya kepada mereka: Siapakah kamu sekelian?

Mereka menjawab: Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w.

Penjaga syurga bertanya: Apakah kamu mengetahui hisab?

Mereka menjawab: Tidak

Kemudian penjaga syurga bertanya lagi: Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)?

Mereka menjawab: Tidak

Penjaga syurga bertanya lagi: Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini?

Mereka menjawab: Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.

allah s.w.t selamatkan bumi sabah





ya allah kuatkan iman dan amal ibadah mereka
ingatkan mereka untuk bersolat keatas mu
walaupun mereka berada dalam keadaan yg berbahaya..

ya allah permudahkn mereka menghadapi musuh musuh mereka

ya allah lindungilh hamba2xmu yg berada di sabah ,malaysia dan di seluruh pelusuk dunia yg beragama islam agar jauh dari perbalahan....

doa untuk keamanan malaysia

ya rahman ya rahim 
allah huakbar

Jumaat, 18 Januari 2013

kenangan manis dan pahit yg lucu dan memalukan ampunkn hamba ya allah....

Tiada insan yg sempurna di lahirkan di dunia semua masih tercari cari kesempurnaan diri sehingga ke akhirat nanti...

lucu jugak bila menengok semua blog2x yg suda aku catat sehinggakan aku berdoa d blogger nie hihiiiiii.... :)
sebenarnya itu bukan berdoa d blogger....
cuma ingin memberi tahu yg doa tue penting dalam hidup seorang muslim...

tapi malu jugak bila lihat semua catatan yg abby buat....

rasa sedih jugak ada blogger tapi 1 jak yg follow...
minta pendapat kepada yg istimewa yg follow blogger ku... 
maaf yea menganggu.... hihiihi
terima kasih kerana menjadi follow blogger yg paling setia......

mungkin aku banyak buat salah dan silap..
biasa lh ndak pernah ada blogger...
aku doakn semoga bahagia hingga ke akhirat nanti....
memang terlalu dalam yg abby tinggal sewaktu rancak dan rapat dengan eryn...
memang waktu terlalu sayang dengan eryn...

sehingga kn tidak memahami hati eryn..
abby cuma mahu menjadi diri sendiri tidak mahu menyembunyikn sesuatu.... biar lh abby jujur dari abby menyembunyikn.....
itu namanya menipu  kepada diri sendiri....

sehingga sekarang perasaan nie belum hilang.. abby rasa blogger abby lh yg paling alone no.1 di dunia... hihihi

minta cadangan... ada patut untuk aku buang blogger ini......
kerana blogger nie hanya untukmu....
atau pun eryn lh yg tolong deletekn......
walaupun berat rasa hati nie....

aku doakn eryn menjadi wanita yg kuat akhlak iman dalam bercinta jgn terlalu mencintainya selain dari pada allah s.w.t...
perasaan cinta nie paling susah mahu di sembunyikan....

eryn kalau di izinkn untuk menunggu atau pun di beri satu doa untuk di makbulkn... sudah pasti aku meminta orang yg abby pernah sayangi bahagia... dan menjadi hawa untuk ku...

tapi itu mungkin susah kerana abby sedar
abby hanya hamba pada allah s.w.t
bukan kekasihnya rasulullah....

teruskan ber istiqamah...... 
cinta allah s.w.t akan menemui cinta abadi

senyum sedunia :)

apabila kamu menyayangi seseorang buatlh dia bahagia walaupun kamu memilikinya atau tidak memilikinya doakn semoga dia berada di bawa redha allah s.w.t, dan sentiasa taat pada perintahnya..
doakn sentiasa sihat dan ampunkn segala gala dosanya.....

tetapi kepada yg memiliki..
jgn lh tunjukkn diri baik di depan orang yg kita sayangi....
tunjukkn lh diri seikhlas ikhlasnya kepada allah s.w.t..... :)
senyum sedunia..

senyum itu sunnah :)
semoga kalian bahagia.......

Khamis, 15 November 2012

kata kata pedoman...
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. 

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. 

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. 

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong 

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. 

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. 

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. 

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. 

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. 

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. 

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi . 

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati... 

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa" 

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup" 

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. 

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." 

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" 

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" 

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. 

41) Hadiah Terbaik : 

Kepada kawan - Kesetiaan 
Kepada musuh - Kemaafan 
Kepada ketua - Khidmat 
Kepada yang muda - Contoh terbaik 
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. 
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan 
Kepada manusia - Kebebasan 

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan" 

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." 

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" 

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". 

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" 

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" 

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.." 

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" 

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri" 

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan." 

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya." 

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada." 

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya." 

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi." 

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang." 

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi." 

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma." 

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." 

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul." 

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." 

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan"